Renew Lesen Kontraktor G1
Jumlah Mata CCD dan Tempoh (Maksima adalah 3 tahun)
- 10 mata – 1 tahun
- 20 mata – 2 tahun
- 30 mata – 3 tahun
Kontraktor yang pertama kali renew wajib menghadiri Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor (15 Mata). Jika tiada sijil teknikal kontraktor juga wajib menghadiri Kursus Pengurusan Bisnes (40 Mata) Kursus ini secara dalam talian, namun ujian penilaian di Cawangan CIDB dan perlu LULUS.
Hubungi whatsapp kami +60 17-561 7923 untuk urusan pendaftaran Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor.
Jika mata CCD tidak mencukupi, anda boleh hadir Kursus Mata CCD melalui Syarikat Lantikan CIDB atau hubungi kami.
Syarat Renew G1
1) Dokumen PPK G1 :
- Kad Pengenalan Pemilik / Pengarah syarikat (Berwarna).
- Nombor handphone Pemilik Syarikat.
- Penyata Bank 1 bulan terakhir / terkini (Perlu Cop Bank – minimum RM 10,000)
2) Dokumen MCORE / SPKK G1 :
- Sijil teknikal berkaitan pembinaan (Rujuk Sini).
- Penyata kewangan — (Penyata Untung Rugi / Balance Sheet) untuk tiga tahun terakhir.
- 3 Letter Award (LA) / 3 Purchase Order (PO).
3) Dokumen STB G1 :
- Kad Pengenalan Pemilik / Pengarah Syarikat.
- Sijil kelahiran Pemilik / Pengarah.
- KWSP – Borang A + resit pembayaran sekiranya mencarum pada pekerja.
- Carta organisasi syarikat.
- Peta lakar ke pejabat.
- Gambar hadapan premis berserta papan tanda pejabat
- Perjanjian sewa atau S&P rumah/kedai dengan bil elektrik dan air atas nama sendiri (perlu LHDN stamping jika sewa).
- Lampiran 1: Borang akuan kerja. (Perlu diisi oleh semua penama dalam sistem CIMS)
- Lampiran 2: Borang pengesahan bank. (Diisi oleh pemilik yang Sign Cek / Authorised Transaction)
Harga :
- Tempoh 1 – 3 tahun : RM 950