Renew Lesen CIDB G2

Renew Lesen Kontraktor G2

Jumlah Mata CCD dan Tempoh (Maksima adalah 3 tahun)

  • 10 mata – 1 tahun
  • 20 mata – 2 tahun
  • 30 mata – 3 tahun

Kontraktor yang pertama kali renew wajib menghadiri Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor (15 Mata). Jika tiada sijil teknikal kontraktor juga wajib menghadiri Kursus Pengurusan Bisnes (40 Mata) Kursus ini secara dalam talian, namun ujian penilaian di Cawangan CIDB dan perlu LULUS.

Hubungi kami untuk urusan pendaftaran .

Jika mata CCD tidak mencukupi, anda boleh hadir Kursus Mata CCD melalui Syarikat Lantikan CIDB atau hubungi kami.

Syarat Renew G2

1) Dokumen SCORE G2 :

  • Penyata Bank 1 bulan terakhir / terkini (Perlu Cop Bank – minimum RM 25,000)
  • ENTERPRISE – Financial Report atau Borang B atau Borang BE LHDN pemilik 2-3 tahun yang terkini.
  • SDN BHD – Audited Report 2-3 tahun terkini
  • Sijil / Diploma / Ijazah teknikal atau kejuruteraan – sekiranya ada (Rujuk Sini)
  • 1 atau lebih Letter Award (surat tawaran kerja) – sekiranya ada.
  • Surat / Sijil Pendaftaran Majikan KWSP – sekiranya ada.
  • Surat Pendaftaran Majikan SOCSO – sekiranya ada.
  • Sijil Kursus CIDB yang mempunyai logo CIDB (Cth: SKP, SKK, CCD, Kursus Keselamatan)

2) Dokumen PPK G2 :

  • Sijil Kehadiran & Sijil Pencapaian Kursus Integriti – pertama kali renew sahaja – 15 mata CCD.
  • Sijil Kehadiran & Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes – pertama kali renew dan tiada kod bidang M15 – 40 mata CCD.
  • Sijil kursus untuk mata CCD – min 10 mata untuk tempoh renew selama 1 tahun, 30 mata untuk 3 tahun.

3) Dokumen STB G2 :

  1. Kad Pengenalan Pemilik / Pengarah Syarikat.
  2. Sijil kelahiran Pemilik / Pengarah.
  3. KWSP – Borang A + resit pembayaran sekiranya mencarum pada pekerja.
  4. Carta organisasi syarikat.
  5. Peta lakar ke pejabat.
  6. Gambar hadapan premis berserta papan tanda pejabat
  7. Perjanjian sewa atau S&P rumah/kedai dengan bil elektrik dan air atas nama sendiri (perlu LHDN stamping jika sewa).
  8. Lampiran 1: Borang akuan kerja. (Perlu diisi oleh semua penama dalam sistem CIMS)
  9. Lampiran 2: Borang pengesahan bank. (Diisi oleh pemilik yang Sign Cek / Authorised Transaction)

Harga :

  • Tempoh 1 – 3 tahun : RM 2,300